"Learn for life and the life after" "Belajar untuk dunia dan akhirat"

Monday, December 4, 2017

QURANIS (QURAN UNTUK SPECIAL NEEDS) DI SHAH ALAM



Alhamdulilah Tahniah Fahim !! .. 😍😍
Fahim sudah berjaya mengingati kalimah-kalimah ayat ke 4 dalam Surah Al Ikhlas..
Ini bermakna fahim sudah ingat semua ayat dan kalimah dalam surah ini tauu.. 🤗🤗. Masya Allah. Tabarakallah.
Jadi untuk menguji tahap ingatan fahim saya telah meminta fahim untuk menyusun kalimah-kalimah tersebut mengikut urutan yang betul..
Bukan mudah untuk mereka menghafal dan mengingati setiap kalimah kalimah dalam setiap surah-surah..
Walaupun anak anak ini mengambil masa yang panjang untuk mengingati semua ayat ini tetapi kelebihannya pada mereka adalah memiliki ingatan yang kuat dan tidak mudah lupa apa yang mereka belajar dan menghafal tau 😇. In shaa Allah.
Teacher doakan Semoga fahim menjadi anak soleh ye sayang. 🌸🌸
By Teacher Jannah 😉

Friday, December 1, 2017

RUKYAH UNTUK ANAK ISTIMEWA OLEH FAQEH




AKTIVITI MEMBACA "RUQYAH ANAK ISTIMEWA" UNTUK PROGRAM "ONE TO ONE / PAIR THERAPEUTIC AL QURAN AND ISLAMIC PRACTICES"
=============================================================


Sebelum memulakan sesi Therapeutic Al-Quran and Islamic Practices, anak-anak akan membaca "Rukyah Anak Istimewa" secara one-to-one atau berpasangan di bawah bimbingan Asatizah dan Therapist.
.
"Ruqyah Anak Istimewa" merupakan kompilasi ayat-ayat Al-Quran, zikir dan hadith sahih yang disusun khas oleh Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa. Di Inklusif Hakeem, Ruqyah Anak Istimewa menjadi rutin harian yang diamalkan sebelum memulakan sesi terapi melibatkan golongan istimewa dan juga tipikal
.
Amalam ini adalah salah satu usaha bagi menstabilkan emosi anak, ibu bapa, Asatizah dan Therapist bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran dan pengajaran.
.
InshaAllah
.
Teacher Aida
.
#pendidikanagamauntuksemua