"Learn for life and the life after" "Belajar untuk dunia dan akhirat"

Monday, February 12, 2018

SI BIJAK HANDSOME


TAK BOLEH BACA INI HAKEEM PUNYA
==================================

Susulan dari cerita Si Bijak Handsome oleh Puan Suhaila Ahmad Akhirudin, teringat aku satu insiden yang berlaku oleh  si anak kecil ini.
.
Setiap hari para therapists dan asatizahs akan assist anak-anak solat zuhur dan baca Ruqyah bersama-sama. Bila nak baca Ruqyah tu, si Bijak Handsome ni belek buku Ruqyah dan perasan yang buku tu ada sticker nama 'HAKEEM'.
.
Nak dijadikan cerita dia taknak baca. Dia kata "Teacher, tak boleh baca. Ni Hakeem punya".
.
Aduhai, taknak baca pulak dia ni. Siap letak balik dalam bekas buku tu. Sebelum ni time x perasan nama Hakeem tu, dia taknak join circle time. Dah nak pegang buku dan join group, takboleh baca pulak sebab Hakeem punya. Buntuuuu, cam mana ya nak explain.
.
Puas pujuk punya pujuk, Teacher pun terfikir πŸ’‘
Teacher menekan-nekan nombor di telefon: "Hello Hakeem, teacher nak pinjam buku Ruqyah Hakeem boleh x? Teacher nak baca".
Hakeem kononnya jawab "Boleh teacher".
.
Haa, dah dapat green light, terus si Bijak Handsome ni ambil dan pegang dengan baik. Boleh bertahan sampai habis sesi.
.
Oleh itu, para therapists, asatizahs, teachers dan ibu bapa, jangan lah marah kalau anak kita takmau ikut aktiviti yang kita suruh. Malah, cuba ajak guna cara lain. Gali lagi cara untuk mendekati anak-anak ni. InshaAllah Allah permudahkan kalau niat kita baik. Ingat ya, kesabaran juga penting, dan haruslah setinggi langit. ❤  selamat mencuba.
.


By : Teacher Mimi (PT)   

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI
==========================
.
Untuk program Al Quran Remaja, pelajar-pelajar dididik oleh asatizah secara one to one atau pair. Pelajar remaja kami semuanya dah lalui pembelajaran / intervensi / pemulihan di tempat lain masa mereka kecil dulu. So, bila joined kitorang terus dah besar panjang. 😊
.
Subhanallah, mereka semua ada kekuatan tersendiri. Dan paling penting very calm dan boleh focus agak lama untuk program.
.
Satu hari tu, ada pelajar umur 7 tahun ni tak berapa okay moodnya. Semua serba tak kena dan tunjukkan tantrum. Secara kebetulan pulak, seorang pelajar remaja nampak kejadian tu.
.
Tiba-tiba, pelajar remaja tu yang selama ni calm, bertukar rupa marah dan nak menangis. Sambil tu dia kata dengan nada mengejek, "He has got a tantrum. He has got a tantrum."
.
Terkejut Teacher yang ada sebab tak pernah lihat remaja tu begitu marah dan sedih pada masa yang sama. Terus bawa masuk bilik untuk calm him down.
.
Alhamdulillah dengan cepat dia calm down tapi terus dia teringat apa jadi pada dia masa kecil bila dia dulu juga hadapi tantrum dan diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Teacher pun sedih sebab tak sangka betapa tebalnya memori masa kecil remaja tu yang punya kekuatan visual yang besar. 😭😭😭
.
Wahai anak, semoga zaman remaja mu lebih positif. Kami tak mampu nak kawal keadaan sekeliling, tapi kami akan cuba buat kamu gembira di sini.
.
Bila kamu sudah graduate dari program dan meningkat dewasa, harap visual kamu hanya ada yang indah sahaja tentang belajar di sini. Di hati kamu sudah ada Al Quran. Moga ia kekal sebagai syifa' untukmu Sayang.



By : Tecer sue

SI BIJAK HANDSOME (QURANIS)

BISMILLAH CLOSE!
================
.
Jenuh dah dua tiga minggu para terapis dan asatizah duduk memujuk Si Bijak Handsome berusia 6 tahun untuk ikut program Al Quran secara sukarela.
.
Sebut aje Al Quran.
Jawapan: Al Quran close!
Sebut aje Al Fatihah.
Jawapan: Al Fatihah close!
Sebut aje Bismillah
Jawapan: (cuba teka? Hahaha. Of course...) Bismillah close!
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Punyalah refused nak cooperate.
.
So, ajak main ball. Si Bijak Handsome happy. Dia ingat dah berjaya manipulasikan Teachers tak payah paksa cooperate.πŸ˜’
.
"Ouch! It hurts". 😰

Bola kena jari masa Si Bijak Handsome cuba tangkap bola. Mata dah merah dan dia kata, "Teacher buat." 😒
.
Teacher yang baling bola tadi sapu jari Si Bijak Handsome sambil kata, "I'm sorry. Bismillahirrahmaanirrahiim." Lepas tu buat action amik rasa sakit tu dan buang jauh-jauh sambil kata, "Buang!". "Sakit lagi?", Teacher tanya. "Tak," Si Bijak Handsome senyum seronok. 😊😊
.
Sambung main lagi. Kena pulak bola ke dahi Si Bijak Handsome. So, Teacher yang baling bola tu pulak minta maaf, baca bismillah, buat action buang rasa sakit dan buat the boy happy.😁😁
.
Kali ni bila sambung main dan Si Bijak Handsome baling bola pada seorang Teacher. Teacher tu pulak kata kepala dia sakit kena bola. Si Bijak Handsome dah nak nangis takut kena marah agaknya. 😯😯 Terus Teacher yang lain kata bacalah Bismillah pada kepala Teacher tadi. So Si Bijak Handsome repeated exactly macam other teachers dan tak lupa kata "I am sorry." 😍😍😍😍
.
Then sambung main balik. The happy Bijak Handsome bukan aje sebut Bismillah secara penuh beberapa kali tapi wrapped up the session dengan Al Fatihah yang penuh juga. 😘😘
.

Masya Allah. Tabarakallah.

By: tecer sue

Sunday, February 11, 2018

CARA TOILET TRAIN ANAK-ANAK






SI COMEL YANG PEMALUπŸ˜‰

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bila baca title diatas pun dah boleh agak kan ANAK SYURGA kami ini macammana. hahah

Okay Al kisah disini , seorang anak syurga kami yang memulakan toilet train bersama kami sudah hampir sebulan lebih. Si COMEL ni merupakan anak syurga yang mempunyai DOWN SYNDROME yang sangat -sangat pemalu bagi kamii.

Mana tidaknya , apabila waktu makan perlu bermain tarik tali bersamanya untuk pujuk SI COMEL berjalan sendiri ke Activities Daily Living Room (ADL ROOM) ala-ala DINING ROOM la macam dekat rumah .

Yang lebih menampakkan pemalunya BELIAU, apabila toilet train bersama therapist2 dan teacher2. Jangan sangka anak anak syurga ini tidak boleh dilatih untuk ke toilet sendiri seperti anak anak typical biasa .

Mereka juga boleh menjadi seorang yang independent untuk ke toilet sendiri, dengan latihan dan juga usaha keras melibatkan guru , terapis dan paling penting IBU BAPA anak itu sendiri.

Okay , kenapa SI COMEL dikatakan  pemalu ???πŸ˜„πŸ˜„
Setiap anak anak yang di "toilet train" akan kami catat dan check setiap pattern anak-anak tersebut perlu ke tandas. Samaada masa, tanda-tanda anak ingin ketandas, dan juga lain -lain checklist . Yang paling penting ialah "GAP MASA" anak -anak pergi ke toilet.

Untuk rakan-rakan Si COMEL  yang lain , memang tiada masalah selepas beberapa lama di "train",terapis sudah boleh menjangkakan "GAP MASA" yang perlu diambil.

Apabila di bawa ke toilet dengan senang mereka akan "PEE" di toilet tanpa perlu memakai DIAPERS. Terapis dan teacher juga akan membantu anak -anak SYURGA dengan berdiri disebelah mereka bersama di dalam toilet .

Untuk SI COMEL , πŸ˜…πŸ˜…sifat malunya begitu ketara kerana setiap kali time BELIAU ke toilet , SI COMEL tidak akan "PEE" sekiranya ada terapis @ guru berdiri disebelahnya.😌

Pada mulanya , terapis dan teacher agak bingung kerana seharian SI COMEL langsung tidak "PEE" ketika dibawa ke toilet.
Bingung2πŸ˜₯πŸ˜₯

So , apa terapis dan teacher BUAT?? Kami terfikir untuk memberi ruang dan masa kepada SI COMEL berseorangan di toilet tetapi masih terapis dan guru PANTAU disebalik pintu yang tidak ditutup rapat.

Ada juga guru yang agak rendah terpaksa menjingkit kaki bagi melihat samaada SI COMEL sudah selesai "PEE" atau belum melalui CERMIN yang terlekat di dinding😎

RESULTNYER?

ALHAMDULILLAH baru terapis dan teacher mengerti mengenai keadaanMu anak syurga KAMI .
Lepas dari itu, terapis dan teacher menggunakan cara tersebut untuk membantu toilet train SI COMEL .....
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


By : tecer aida

KELAS MENGAJI AL QURAN DI SHAH ALAM





JOM NGAJI !!!
Terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina , tidak kiralah lelaki atau wanita , tua atau muda .😁😁
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Assalamualaikum wbt...

KELAS MENGAJI AL QURAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Al Quran _ Muqaddam _ Iqra' _ Quranis


Tempat ; INKLUSIF HAKEEM ,Seksyen 7 Shah Alam 
Masa ; 2.00 pm - 5.00 pm
Hari ; Isnin - Khamis
Bayaran ; RM31 / 1 SESI
                 *Tertakluk pada terma dan syarat

Nisbah : 1 GURU : 4 MURID 


Sesuai untuk???
1. Anda yang PEMALU
2. SEGAN untuk belajar dalam bilangan yang ramai 
3.TIADA MASA yang flexible untuk hadir kelas

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kelas , boleh hubungi :
Sis Aida (0184056997)


DAFTAR SEGERA!!!

*Kami juga menerima pelajar masalah pembelajaran / anak istimewa untuk belajar al quran.

Mendidik dengan hati