"Learn for life and the life after" "Belajar untuk dunia dan akhirat"

Monday, February 12, 2018

SI BIJAK HANDSOME


TAK BOLEH BACA INI HAKEEM PUNYA
==================================

Susulan dari cerita Si Bijak Handsome oleh Puan Suhaila Ahmad Akhirudin, teringat aku satu insiden yang berlaku oleh  si anak kecil ini.
.
Setiap hari para therapists dan asatizahs akan assist anak-anak solat zuhur dan baca Ruqyah bersama-sama. Bila nak baca Ruqyah tu, si Bijak Handsome ni belek buku Ruqyah dan perasan yang buku tu ada sticker nama 'HAKEEM'.
.
Nak dijadikan cerita dia taknak baca. Dia kata "Teacher, tak boleh baca. Ni Hakeem punya".
.
Aduhai, taknak baca pulak dia ni. Siap letak balik dalam bekas buku tu. Sebelum ni time x perasan nama Hakeem tu, dia taknak join circle time. Dah nak pegang buku dan join group, takboleh baca pulak sebab Hakeem punya. Buntuuuu, cam mana ya nak explain.
.
Puas pujuk punya pujuk, Teacher pun terfikir 💡
Teacher menekan-nekan nombor di telefon: "Hello Hakeem, teacher nak pinjam buku Ruqyah Hakeem boleh x? Teacher nak baca".
Hakeem kononnya jawab "Boleh teacher".
.
Haa, dah dapat green light, terus si Bijak Handsome ni ambil dan pegang dengan baik. Boleh bertahan sampai habis sesi.
.
Oleh itu, para therapists, asatizahs, teachers dan ibu bapa, jangan lah marah kalau anak kita takmau ikut aktiviti yang kita suruh. Malah, cuba ajak guna cara lain. Gali lagi cara untuk mendekati anak-anak ni. InshaAllah Allah permudahkan kalau niat kita baik. Ingat ya, kesabaran juga penting, dan haruslah setinggi langit. ❤  selamat mencuba.
.


By : Teacher Mimi (PT)   

No comments:

Post a Comment