"Learn for life and the life after" "Belajar untuk dunia dan akhirat"

Sunday, February 11, 2018

CARA TOILET TRAIN ANAK-ANAK






SI COMEL YANG PEMALUπŸ˜‰

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bila baca title diatas pun dah boleh agak kan ANAK SYURGA kami ini macammana. hahah

Okay Al kisah disini , seorang anak syurga kami yang memulakan toilet train bersama kami sudah hampir sebulan lebih. Si COMEL ni merupakan anak syurga yang mempunyai DOWN SYNDROME yang sangat -sangat pemalu bagi kamii.

Mana tidaknya , apabila waktu makan perlu bermain tarik tali bersamanya untuk pujuk SI COMEL berjalan sendiri ke Activities Daily Living Room (ADL ROOM) ala-ala DINING ROOM la macam dekat rumah .

Yang lebih menampakkan pemalunya BELIAU, apabila toilet train bersama therapist2 dan teacher2. Jangan sangka anak anak syurga ini tidak boleh dilatih untuk ke toilet sendiri seperti anak anak typical biasa .

Mereka juga boleh menjadi seorang yang independent untuk ke toilet sendiri, dengan latihan dan juga usaha keras melibatkan guru , terapis dan paling penting IBU BAPA anak itu sendiri.

Okay , kenapa SI COMEL dikatakan  pemalu ???πŸ˜„πŸ˜„
Setiap anak anak yang di "toilet train" akan kami catat dan check setiap pattern anak-anak tersebut perlu ke tandas. Samaada masa, tanda-tanda anak ingin ketandas, dan juga lain -lain checklist . Yang paling penting ialah "GAP MASA" anak -anak pergi ke toilet.

Untuk rakan-rakan Si COMEL  yang lain , memang tiada masalah selepas beberapa lama di "train",terapis sudah boleh menjangkakan "GAP MASA" yang perlu diambil.

Apabila di bawa ke toilet dengan senang mereka akan "PEE" di toilet tanpa perlu memakai DIAPERS. Terapis dan teacher juga akan membantu anak -anak SYURGA dengan berdiri disebelah mereka bersama di dalam toilet .

Untuk SI COMEL , πŸ˜…πŸ˜…sifat malunya begitu ketara kerana setiap kali time BELIAU ke toilet , SI COMEL tidak akan "PEE" sekiranya ada terapis @ guru berdiri disebelahnya.😌

Pada mulanya , terapis dan teacher agak bingung kerana seharian SI COMEL langsung tidak "PEE" ketika dibawa ke toilet.
Bingung2πŸ˜₯πŸ˜₯

So , apa terapis dan teacher BUAT?? Kami terfikir untuk memberi ruang dan masa kepada SI COMEL berseorangan di toilet tetapi masih terapis dan guru PANTAU disebalik pintu yang tidak ditutup rapat.

Ada juga guru yang agak rendah terpaksa menjingkit kaki bagi melihat samaada SI COMEL sudah selesai "PEE" atau belum melalui CERMIN yang terlekat di dinding😎

RESULTNYER?

ALHAMDULILLAH baru terapis dan teacher mengerti mengenai keadaanMu anak syurga KAMI .
Lepas dari itu, terapis dan teacher menggunakan cara tersebut untuk membantu toilet train SI COMEL .....
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


By : tecer aida

No comments:

Post a Comment