"Learn for life and the life after" "Belajar untuk dunia dan akhirat"

Monday, February 12, 2018

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI
==========================
.
Untuk program Al Quran Remaja, pelajar-pelajar dididik oleh asatizah secara one to one atau pair. Pelajar remaja kami semuanya dah lalui pembelajaran / intervensi / pemulihan di tempat lain masa mereka kecil dulu. So, bila joined kitorang terus dah besar panjang. 😊
.
Subhanallah, mereka semua ada kekuatan tersendiri. Dan paling penting very calm dan boleh focus agak lama untuk program.
.
Satu hari tu, ada pelajar umur 7 tahun ni tak berapa okay moodnya. Semua serba tak kena dan tunjukkan tantrum. Secara kebetulan pulak, seorang pelajar remaja nampak kejadian tu.
.
Tiba-tiba, pelajar remaja tu yang selama ni calm, bertukar rupa marah dan nak menangis. Sambil tu dia kata dengan nada mengejek, "He has got a tantrum. He has got a tantrum."
.
Terkejut Teacher yang ada sebab tak pernah lihat remaja tu begitu marah dan sedih pada masa yang sama. Terus bawa masuk bilik untuk calm him down.
.
Alhamdulillah dengan cepat dia calm down tapi terus dia teringat apa jadi pada dia masa kecil bila dia dulu juga hadapi tantrum dan diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Teacher pun sedih sebab tak sangka betapa tebalnya memori masa kecil remaja tu yang punya kekuatan visual yang besar. 😭😭😭
.
Wahai anak, semoga zaman remaja mu lebih positif. Kami tak mampu nak kawal keadaan sekeliling, tapi kami akan cuba buat kamu gembira di sini.
.
Bila kamu sudah graduate dari program dan meningkat dewasa, harap visual kamu hanya ada yang indah sahaja tentang belajar di sini. Di hati kamu sudah ada Al Quran. Moga ia kekal sebagai syifa' untukmu Sayang.



By : Tecer sue

No comments:

Post a Comment